



F O O L I N G | A R O U N D
W I T H | L ♥ V E
url.bs.com
Love Addict.
la femme
ya ya, i am bugsy
in the movie 'bedtime stories'
if you believe.
INTRODUCTION HERE.
"SCARY"
Sunday, April 17, 2011 [ 12:34 AM ]
tadi time tengah search cite cite seram,terjumpe la pulak cite ni!korang bace la.SERAM gile oh~bace la kat bawah ni:-
ATTENTION!! ini bukan Contest cerita seram yg kOng buat tu okeyh?? ini adalah hiburan semata2. Harap maklum
uOlls!!
Aku ada cerite seram ni..
aku baru baca tadi...sumpeh seghaam!!
Menggigil2 aku baca tadi, nak jerit ada, nak tecirit pun ada...
seghaam ouh....sangat3 seghaam. Menyesal aku baca...sumpeh menyesal! huhuuu... Jum2, baca karangan budak darjah 4 tu kat bawah ni.
ARAHAN : Sile baca dengan penOh penghayatan tanpa ada perasaan untuk gelak
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori
dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di
udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah
helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori
itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan
jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis
pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu
mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui
apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.
Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Hahahaha....kan aku da cakap jangan gelak. Yang uOlls gelak jugak kenapa? vuduh la karangan ni...kalau aku jadi cikgu budak tu, sumpeh aku sekeh2 kepala dia sampai tumbuh kaktus 3 biji atas kepala sebab buat karangan ntah hape2.To uOlls, semuga tehibur ye baca karangan vuduh ni...
hahahahahhaa aku gelak lagi...aku gelak!!
vuduh siOt karangan ni...ada ultraman bagai.hahahahahhaa aku gelak lagi...aku gelak!!
hikhikkk
Talk About.
tagboard
TAGBOARD CODES HERE
Sweet Escapes.
links
link
link
link
link
link
Go Back.
archieves
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
April 2011
May 2011
July 2011
Thank You.
credits
Designer: Wave!%Goodbye-
Basecodes: DancingSheep
Images: DeviantART
Image Hosting: TinyPic